~ My LiTtLe HeRo ~
Wednesday, October 20, 2010
Tanda-tanda diri terdapat ganguan makhluk halus
Tanda-tanda gangguan:
1)ketika jaga
-Sakit tulang belakang.
-Sakit kepala luar biasa.
-Istihadah. (haid lebih 15 hari)
-Terasa ada benda yang mengekori.
-Takut tidak bersebab.
-Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
-Sesak nafas waktu maghrib
-Ragu-ragu tentang iman.
-Pengsan dan sawan tanpa sebab.
-Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
-Sakit tulang empat kerat.
-Takut menziarahi jenazah.
-Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
-Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
-Rasa seperti hampir mati.
-Nampak bayang-bayang melintas.
-Sukar lelapkan mata.
-Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
-Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
-Sakit bahagian perut tanpa sebab.
-Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
Tanda-tanda gangguan:
2)ketika tidur
-Dihimpit sesuatu ketika tidur.
-Bunyi gigi ketika tidur.
-Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
-Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
-Mimpi menakutkan.
-Mimpi paderi, salib dan gereja.
-Mimpi tanah perkuburan.
-Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
-Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
-Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
-Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
-Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
-Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
-Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
-Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur
Muhasabah diri kita...
Untuk dikongsi bersama.
Salam,
Sama2lah kita renung dan fikirkan....
Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku
masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun
Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia
sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing,
mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance',
semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna
kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan
kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.
maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,
yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis
surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5
years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah
menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut
kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh
berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama
kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman
rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada
diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya
macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is
my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa
aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di
Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia
saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan
dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan
dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang
lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn
melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau
nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam
Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang
dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau
bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku,
cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan
tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah
bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan
satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih
20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini
(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..
TOLONG SEBARKAN SETELAH MEMBACA KISAH DIBAWAH NI UNTUK DAKWAH KITA.
PAPA & BABY CONTEST!!
Kali nie me nak join contest by CUTE MUM
date line: 14 November 2010
Syarat2 mudah aje....
keterangan lanjut boleh klik kat
http://mamiuyun.blogspot.com/2010/10/papa-baby-contest.html
so, mama pertaruhkan picas nie...
Nama Papa: Khairullanuar Zakaria
Nama Baby: Muhammad Iqbal Khairullanuar
Umur Baby: 9 Bulan
Seronoknya Hubby Balik Hari Nie...
Mama kesian kat Iqbal...sekarang nie, Iqbal still breastfeed...kesian kat die jer la..tapi member cakap still boleh breastfeed during pregnant until due....kalu betol2 boleh xde la risau sangat kat Iqbal....tapi ada caranya lak....mama kena makan banyak, minum susu banyak and than kena abik supplement untuk kongsi 2 orang...kena cukup kalsium untuk baby kat dalam perut...
Tapi semalam dah check..ada 1 jer tanda merah...mama pun tak sure "YES" or "NO"....so, untuk kepastian mama kena tunggu papa balik dari Johor dulu..than pergi check kat doctor....risaauuuuuuuuuuuu gak nihhhhhhhhh....