~ My LiTtLe HeRo ~

This is the best pose by my little hero Muhammad Iqbal"...so cute..so funny...^ - ^....


Followers

Saturday, October 23, 2010

Berita Gembira Buat Mama...

Tengahari tadi lepas balik kerja, mama ajak papa pergi klinik...nak check sama ada mama pregnant ke tak...hik..hik...naluri mama banyak mengatakan mama tak pregnant...dah sampai kat klinik, rasa berdebar pun ada...takut kalu betul2 mama pregnant....lepas kurang dalam 20minit gak la tunggu nombor mama dipanggil...pastu masuk la jumpa doktor...

Hati mama dah berdebar2 dah...macam biasalah doktor tanya "sakit apa???"..pastu mama cakap la "dah hampir sebulan saya tak datang period...sebelum tue saya dah buat test memang negetif la tapi saya nak buat confirmation jer sama ada saya nie betul2 pregnant atau tak"....doktor tue cakap "awak kena buat urine test dulu, nak tengok negetif or positif"...pastu mama tanya "kalu scan doktor!!"...doktor cakap "kalau scan pun tak nampak"...

Lepas doktor ambik urine and buat test....doktor say "NEGETIF"....syukur Alhamdulillah...lega hati mama....bukannya mama tak nak pregnant tapi kesian kat Iqbal jer...tunggu la die dah boleh jalan baru la leh pikir nak tambah sorang lagi....pastu mama tanya doktor kenapa???so, doktor say "normal la tue, hormon"
Sekarang nih mama tak was2 lagi...hik..hik..

Amalan Menambah Rezeki

Di dalam kitab "Ta'limul Muta'alim Fi Toriqit Ta'allum, al-Allamah Syeikh Burhanuddin az-Zarnuji telah menyebutkan faktor-faktor yang akan menambah rezeki, antaranya ialah;-

1. Sedekah
2. Bangun awal pagi
3. Bermanis muka dan lembut percakapan
4. Mendirikan solat dengan khusyuk
5. Ke masjid sebelum azan dikumandangkan
6. Sentiasa dalam berwudhuk
7. Mendirikan solat sunat Fajar dan Witir di rumah
8. Tidak banyak "bersama" dengan isteri kecuali ketika perlu sahaja
9. Tidak bercakap yang sia-sia

Manakala faktor-faktor kepapaan pula ialah :-

1. Tidur dalam keadaan bogel
2. Kencing dalam keadaan bogel
3. Makan ketika masih dalam junub
4. Makan sambil berbaring di atas lambung
5. Tidak mempedulikan makanan seperti nasi dan roti yang tumpah ketika makan
6. Membakar kulit bawang merah dan bawang putih
7. Menyapu rumah dengan kain sapu tangan
8. Menyapu rumah di waktu malam
9. Membiarkan sampah di dalam rumah
10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua
11. Memanggil kedua ibu-bapanya dengan nama mereka

12. Berculik gigi dengan bilah kayu

13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah
14. Duduk di atas bendul
15. Bergantung (bergayut) pada salah satu daun pintu
16. Berwudhuk di tempat qadha hajat
17. Menjahit pakaian yang sedang dipakai ditubuhnya
18. Mengeringkan muka dengan kain yang sedang dipakai
19. Membiarkan sarang labah-labah di dalam rumahnya
20. Meremeh-remehkan dengan sembahyang
21. Segera keluar daripada masjid setelah selesai solat fardhu subuh
22. Awal pagi sudah berada di kedai dan lewat petang balik (lepak)
23. Berdoa terhadap anaknya dengan kejahatan
24. Tidak menutup bejana-bejana
25. Memadamkan api pelita dengan menghembus angin daripada mulut
26. Menyisir rambut dengan sisir yang patah
27. Tidak berdoa dengan kebaikan untuk kedua ibubapa
28. Memakai serban sambil duduk
29. Memakai seluar sambil berdiri
30. Boros
31. Bakhil
32. Malas.




Moga penulis buku sahabat baikku Ust.Hanif Hj.Ghazali diberikan ganjaran pahala di atas ilmu serta usaha beliau mewariskan ilmu yang terdahulu.