~ My LiTtLe HeRo ~

This is the best pose by my little hero Muhammad Iqbal"...so cute..so funny...^ - ^....


Followers

Thursday, September 23, 2010

" Funny Pose On Raya Contest "

Kali nie mama nak join contest by Ummi_Adam
19 Sept. ~ 9 Oct. 2010
jom kawan2 klik kat bawah untuk syarat-syaratnya...

http://shadamina.blogspot.com/2010/09/funny-pose-on-raya-contest.html

mama pertaruhkan picas nie;

~

~

~


Nama Anak: Muhammad Iqbal Khairullanuar
Tarikh Lahir: 07 Januari 2010
Email: siti_1371@yahoo.com.my

Aksi Terhebat Anakku

Tengok la kawan-kawan Iqbal buat aksi nie....
Papa die yang ajarkan....
pastu nak buat jer....hik...hik...
suke sangat la Iqbal, kalu nak buat aksi nie....
time nie kat car park Megamall...

Cara-cara untuk melakukan aksi nie....
p/s: JANGAN SESEKALI MELAKUKAN AKSI NIE UNTUK ANAK ANDA DIRUMAH


1. Mula-mula sekali letak kaki atas tangan papa....

2. Pastikan kakinya straight....no bengkok2...
kalu bengkok camne nak imbangkan badan...huhuhu....

3. Pastu 1..2....3....imbang badan sekali dengan gerakan....
p/s: Pastikan tangan tu kuat ya!!!

4. Yeaaaaaaaaa...berjaya......
Iqbal nie suka sangat....hahhhahaha

p/s: Pastikan kaki baby tue kuat ya!!! dan berani....

Asturi hasil dandang proses minyak terbesar

ASTURI Metal Builders (M) Sdn Bhd (Asturi), syarikat berkaitan minyak dan gas tempatan, mencipta rekod baru apabila berupaya menghasilkan dandang memproses pengeluaran minyak seberat 470 tan iaitu yang terbesar pernah dihasilkan sejak ia beroperasi 14 tahun lalu.

Pengurus Besarnya, Datuk Md Sharif Shamsudin, berkata alat yang dikenali sebagai dandang tekanan itu akan digunakan untuk operasi cari gali minyak oleh Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi projek Tangga Barat di Laut Cina Selatan.
Katanya, dandang tekanan berukuran 20 meter panjang itu dan mempunyai garis pusat 5.5 meter itu adalah kejayaan kedua syarikat yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang selepas menghasilkan pengeluaran tangki tekanan tinggi seberat 270 tan beberapa tahun lalu.
"Kita sudah menyiapkan satu daripada lima unit dandang tekanan yang ditempah PCSB menerusi kontrak bernilai RM68 juta dan akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh satu setengah tahun.

Kita mengambil masa hampir tujuh bulan untuk menyiapkan unit pertama dandang tekanan ini membabitkan seramai 80 tenaga kerja termasuk 25 juru kimpal dan jurutera yang bekerja 24 jam setiap hari, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan dandang tekanan itu sebelum dihantar kepada PCSB di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan semalam.

Asturi sebelum ini dikenali sebagai Amalgamated Metal Builders (M) Sdn Bhd beroperasi di kawasan seluas lapan hektar di kawasan perindustrian itu dengan 320 kakitangan termasuk 27 jurutera tempatan.
Md Sharif berkata, pihaknya turut memperuntukkan kos sebanyak RM6.8 juta bagi membeli pelbagai peralatan tambahan di kawasan kilangnya bagi mempercepatkan proses pemasangan dandang tekanan berkenaan.

Banyak cabaran yang perlu dihadapi sejak memulakan pemasangannya pada 9 Februari hingga 1 September lalu.

Dua treler 96 tayar setiap satu digunakan untuk proses penghantaran dandang itu ke Pelabuhan Kuantan sebelum dihantar ke tapak projek Tangga Barat di Laut Cina Selatan, katanya

Yang bernama

Majlis Jamuan Raya & Delivery of Tangga Barat Project (Petronas)

Semalam, tanggal 22 september 2010, syarikat kami ASTURI memecah satu lagi rekod baru iaitu delivered of Vessel seberat 470 Tan dengan menelan belanja berpuluh-puluh juta ringgit. Project ini di award pada tahun 2008. Project ini mengambil masa selama 6 bulan lebey untuk siap dan hari ini project itu akan di hantar ke Pelabuhan Kuantan untuk dihantar ke PETRONAS CARIGALI (PCSB) dan PCSB akan menghantar ke Offshore. Project ini dinamakan TANGGA BARAT PROJECT di Laut China Selatan di mana Vessel ini di tempatkan.

Mama bangga dengan kejayaaan ini becoz papa (Design Engineer) salah seorang yang terlibat dalam menjayakan project nie.....Mama tumpang bangga jer...hik..hik...walaupun project mama tak la sebesar dan seberat nie....

Kebetulan lak, kita masih lagi dalam bulan syawal..so, company buat sekali la majlis jamuan raya dan menjemput client-client petronas, banker dan ramai lagi bagi memeriahkan majlis nie.


Kami bangga dengan pencapaian ini....

Ahakkkk......Sempat lagi la kali pose kat vessel nie....hehehehe

Nie la Vessel yang mama dok cite nie....besarkan
470 Tan for TANGGA BARAT PROJECT (PCSB)

Geng-geng engineer

Dak-dak design yang sporting morting.....

Design Dept...itu pun ada lagi yang tercicir....

Geng2 opis...

ngehngehngeh....ini la bena die...

rakan seblogger...design opis