~ My LiTtLe HeRo ~

This is the best pose by my little hero Muhammad Iqbal"...so cute..so funny...^ - ^....


Followers

Thursday, September 23, 2010

Aksi Terhebat Anakku

Tengok la kawan-kawan Iqbal buat aksi nie....
Papa die yang ajarkan....
pastu nak buat jer....hik...hik...
suke sangat la Iqbal, kalu nak buat aksi nie....
time nie kat car park Megamall...

Cara-cara untuk melakukan aksi nie....
p/s: JANGAN SESEKALI MELAKUKAN AKSI NIE UNTUK ANAK ANDA DIRUMAH


1. Mula-mula sekali letak kaki atas tangan papa....

2. Pastikan kakinya straight....no bengkok2...
kalu bengkok camne nak imbangkan badan...huhuhu....

3. Pastu 1..2....3....imbang badan sekali dengan gerakan....
p/s: Pastikan tangan tu kuat ya!!!

4. Yeaaaaaaaaa...berjaya......
Iqbal nie suka sangat....hahhhahaha

p/s: Pastikan kaki baby tue kuat ya!!! dan berani....

Asturi hasil dandang proses minyak terbesar

ASTURI Metal Builders (M) Sdn Bhd (Asturi), syarikat berkaitan minyak dan gas tempatan, mencipta rekod baru apabila berupaya menghasilkan dandang memproses pengeluaran minyak seberat 470 tan iaitu yang terbesar pernah dihasilkan sejak ia beroperasi 14 tahun lalu.

Pengurus Besarnya, Datuk Md Sharif Shamsudin, berkata alat yang dikenali sebagai dandang tekanan itu akan digunakan untuk operasi cari gali minyak oleh Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi projek Tangga Barat di Laut Cina Selatan.
Katanya, dandang tekanan berukuran 20 meter panjang itu dan mempunyai garis pusat 5.5 meter itu adalah kejayaan kedua syarikat yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang selepas menghasilkan pengeluaran tangki tekanan tinggi seberat 270 tan beberapa tahun lalu.
"Kita sudah menyiapkan satu daripada lima unit dandang tekanan yang ditempah PCSB menerusi kontrak bernilai RM68 juta dan akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh satu setengah tahun.

Kita mengambil masa hampir tujuh bulan untuk menyiapkan unit pertama dandang tekanan ini membabitkan seramai 80 tenaga kerja termasuk 25 juru kimpal dan jurutera yang bekerja 24 jam setiap hari, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan dandang tekanan itu sebelum dihantar kepada PCSB di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan semalam.

Asturi sebelum ini dikenali sebagai Amalgamated Metal Builders (M) Sdn Bhd beroperasi di kawasan seluas lapan hektar di kawasan perindustrian itu dengan 320 kakitangan termasuk 27 jurutera tempatan.
Md Sharif berkata, pihaknya turut memperuntukkan kos sebanyak RM6.8 juta bagi membeli pelbagai peralatan tambahan di kawasan kilangnya bagi mempercepatkan proses pemasangan dandang tekanan berkenaan.

Banyak cabaran yang perlu dihadapi sejak memulakan pemasangannya pada 9 Februari hingga 1 September lalu.

Dua treler 96 tayar setiap satu digunakan untuk proses penghantaran dandang itu ke Pelabuhan Kuantan sebelum dihantar ke tapak projek Tangga Barat di Laut Cina Selatan, katanya

Yang bernama

Majlis Jamuan Raya & Delivery of Tangga Barat Project (Petronas)

Semalam, tanggal 22 september 2010, syarikat kami ASTURI memecah satu lagi rekod baru iaitu delivered of Vessel seberat 470 Tan dengan menelan belanja berpuluh-puluh juta ringgit. Project ini di award pada tahun 2008. Project ini mengambil masa selama 6 bulan lebey untuk siap dan hari ini project itu akan di hantar ke Pelabuhan Kuantan untuk dihantar ke PETRONAS CARIGALI (PCSB) dan PCSB akan menghantar ke Offshore. Project ini dinamakan TANGGA BARAT PROJECT di Laut China Selatan di mana Vessel ini di tempatkan.

Mama bangga dengan kejayaaan ini becoz papa (Design Engineer) salah seorang yang terlibat dalam menjayakan project nie.....Mama tumpang bangga jer...hik..hik...walaupun project mama tak la sebesar dan seberat nie....

Kebetulan lak, kita masih lagi dalam bulan syawal..so, company buat sekali la majlis jamuan raya dan menjemput client-client petronas, banker dan ramai lagi bagi memeriahkan majlis nie.


Kami bangga dengan pencapaian ini....

Ahakkkk......Sempat lagi la kali pose kat vessel nie....hehehehe

Nie la Vessel yang mama dok cite nie....besarkan
470 Tan for TANGGA BARAT PROJECT (PCSB)

Geng-geng engineer

Dak-dak design yang sporting morting.....

Design Dept...itu pun ada lagi yang tercicir....

Geng2 opis...

ngehngehngeh....ini la bena die...

rakan seblogger...design opis

Monday, September 20, 2010

Open House

Ahad lepas, mama dan kawan-kawan konvoi ramai2 g open house....raya tak abis lagikan....puasa sebulan...raya pun sebulan la gak.....so, ramai la yang buat open house....sampai sendat perut2...dah tue sehari 4 buah rumah sekali bertandang...mana tak sendatnya...kain pun dah tak leh nak kancing...kuang...kuang...kuanggggggggggg.....

This week, ada 2 open house..tak tahu la nak p yang mana dulu....sampai la next week pun ada open house...mama tak tahu la nak buat ke tak open house.....xde buddddddgeeetttttttttttt la....kalu sesiapa nak datang tue, datang jer la....rumah mama sentiasa terbuka ye.....mama angkat la apa yang ada...kuih raya ada lagi....standby untuk tetamu2 yang datang....heehehe....

makan pun dah kenyang....jom la angkat pinggan ke dapur....

tambah bosssssss....jangan tak tambah.....
aiiiii.....hubby pun nak tambah gak....

Geng dak2 opis.....

Nasi lemak di pagi raya...

Sempat lagi mama pose bersama hubby and anak kesayangan mama....

Aksi Ceria Si Manja

http://syamila02.blogspot.com/2010/09/aksi-ceria-si-manja.html

kali nie mama nak join contest by syamila
5 Sept ~ 30 Sept 2010
berminat untuk sertai contest nie sila terjah kat atas ya....

mama pertaruhkan picas nie;

~

~

~

~

Nama Si Manja: Muhammad Iqbal Khairullanuar
Umur Si Manja: 8 Bulan

Iqbal Naik Walker Baru

Sabtu lepas, 18 Sept. 2010....lepas balik keje mama & papa g cari walker Iqbal kat twins baby...banyak gak pilihan kat situ..semuanya cantik2 belaka....hajat di hati nak beli walker jer....tapi bila sampai kat kedai tue berkenan lak dengan benda lain....tak beli pun coz papa dah bagi "WARNING"....datang sini nak beli walker jer....hik..hik..hik....

Sebelum tue test dulu kat Iqbal..mana tahu kot2 dia tak suka naik ke!...bila papa letak jer terus kayoh....senang la nanti mama nak buat keje....

sukanya dapat walker baru....colorful lagi....brand DISNEY

Additional accessories ke Iqbal...

bye mama dan papa...
Iqbal nak g jalan2 nie ngan walker baru....

mama...nanti Iqbal leh buka pintu peti ais nie....

hehehehehehe.......


serek di sini pulak....hik..hik..hik...

posing jap...ngan walker baru...

Eeeeeeeeee.....apa la mama nie.....
orang tak puas lagi la main....

heeeeeeeeeeeHeeee.....
bangganya dapat walker baru....
mama dan papa belikan....

hahahahhahahaaaaaaaaa...
go......Iqbal......go......

Friday, September 17, 2010

Surat Berantai

bace sampai habis....pastu fowardkn plz.....
ni adalah benar... sila baca sehingga habis...
dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW.
selepas membaca laluhamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW
lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah
kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana haripenghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN
1. seorang saudagar dari bombay telahmenerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi
Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
2. seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.
3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat dimalaysia timur.
4. tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.
5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah diadianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkanorang yang membacanya.
Beberapa harikemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi dihospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang. Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana mereka mendapat malapetaka. setelah
kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh
keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.

PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah
dilakukan anda akan
dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. kata
sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah
hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan
syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu
hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah
dalam masa 2 minggu anda akan berolah
kebahagiaan dan ingatlah lakukan
ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah
diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBARKAN 20 org islam