~ My LiTtLe HeRo ~

This is the best pose by my little hero Muhammad Iqbal"...so cute..so funny...^ - ^....


Followers

Thursday, September 23, 2010

Asturi hasil dandang proses minyak terbesar

ASTURI Metal Builders (M) Sdn Bhd (Asturi), syarikat berkaitan minyak dan gas tempatan, mencipta rekod baru apabila berupaya menghasilkan dandang memproses pengeluaran minyak seberat 470 tan iaitu yang terbesar pernah dihasilkan sejak ia beroperasi 14 tahun lalu.

Pengurus Besarnya, Datuk Md Sharif Shamsudin, berkata alat yang dikenali sebagai dandang tekanan itu akan digunakan untuk operasi cari gali minyak oleh Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) bagi projek Tangga Barat di Laut Cina Selatan.
Katanya, dandang tekanan berukuran 20 meter panjang itu dan mempunyai garis pusat 5.5 meter itu adalah kejayaan kedua syarikat yang berpangkalan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang selepas menghasilkan pengeluaran tangki tekanan tinggi seberat 270 tan beberapa tahun lalu.
"Kita sudah menyiapkan satu daripada lima unit dandang tekanan yang ditempah PCSB menerusi kontrak bernilai RM68 juta dan akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh satu setengah tahun.

Kita mengambil masa hampir tujuh bulan untuk menyiapkan unit pertama dandang tekanan ini membabitkan seramai 80 tenaga kerja termasuk 25 juru kimpal dan jurutera yang bekerja 24 jam setiap hari, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan dandang tekanan itu sebelum dihantar kepada PCSB di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan semalam.

Asturi sebelum ini dikenali sebagai Amalgamated Metal Builders (M) Sdn Bhd beroperasi di kawasan seluas lapan hektar di kawasan perindustrian itu dengan 320 kakitangan termasuk 27 jurutera tempatan.
Md Sharif berkata, pihaknya turut memperuntukkan kos sebanyak RM6.8 juta bagi membeli pelbagai peralatan tambahan di kawasan kilangnya bagi mempercepatkan proses pemasangan dandang tekanan berkenaan.

Banyak cabaran yang perlu dihadapi sejak memulakan pemasangannya pada 9 Februari hingga 1 September lalu.

Dua treler 96 tayar setiap satu digunakan untuk proses penghantaran dandang itu ke Pelabuhan Kuantan sebelum dihantar ke tapak projek Tangga Barat di Laut Cina Selatan, katanya

Yang bernama

No comments: