~ My LiTtLe HeRo ~

This is the best pose by my little hero Muhammad Iqbal"...so cute..so funny...^ - ^....


Followers

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Amalan Menambah Rezeki

Di dalam kitab "Ta'limul Muta'alim Fi Toriqit Ta'allum, al-Allamah Syeikh Burhanuddin az-Zarnuji telah menyebutkan faktor-faktor yang akan menambah rezeki, antaranya ialah;-

1. Sedekah
2. Bangun awal pagi
3. Bermanis muka dan lembut percakapan
4. Mendirikan solat dengan khusyuk
5. Ke masjid sebelum azan dikumandangkan
6. Sentiasa dalam berwudhuk
7. Mendirikan solat sunat Fajar dan Witir di rumah
8. Tidak banyak "bersama" dengan isteri kecuali ketika perlu sahaja
9. Tidak bercakap yang sia-sia

Manakala faktor-faktor kepapaan pula ialah :-

1. Tidur dalam keadaan bogel
2. Kencing dalam keadaan bogel
3. Makan ketika masih dalam junub
4. Makan sambil berbaring di atas lambung
5. Tidak mempedulikan makanan seperti nasi dan roti yang tumpah ketika makan
6. Membakar kulit bawang merah dan bawang putih
7. Menyapu rumah dengan kain sapu tangan
8. Menyapu rumah di waktu malam
9. Membiarkan sampah di dalam rumah
10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua
11. Memanggil kedua ibu-bapanya dengan nama mereka

12. Berculik gigi dengan bilah kayu

13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah
14. Duduk di atas bendul
15. Bergantung (bergayut) pada salah satu daun pintu
16. Berwudhuk di tempat qadha hajat
17. Menjahit pakaian yang sedang dipakai ditubuhnya
18. Mengeringkan muka dengan kain yang sedang dipakai
19. Membiarkan sarang labah-labah di dalam rumahnya
20. Meremeh-remehkan dengan sembahyang
21. Segera keluar daripada masjid setelah selesai solat fardhu subuh
22. Awal pagi sudah berada di kedai dan lewat petang balik (lepak)
23. Berdoa terhadap anaknya dengan kejahatan
24. Tidak menutup bejana-bejana
25. Memadamkan api pelita dengan menghembus angin daripada mulut
26. Menyisir rambut dengan sisir yang patah
27. Tidak berdoa dengan kebaikan untuk kedua ibubapa
28. Memakai serban sambil duduk
29. Memakai seluar sambil berdiri
30. Boros
31. Bakhil
32. Malas.




Moga penulis buku sahabat baikku Ust.Hanif Hj.Ghazali diberikan ganjaran pahala di atas ilmu serta usaha beliau mewariskan ilmu yang terdahulu.

Wednesday, October 20, 2010

Tanda-tanda diri terdapat ganguan makhluk halus

Cuba check tgk, sesapa je yg ada tanda tanda kat bawah ni, berkemungkinan besar ada gangguan jin. Biasa nya minimum, 3 tanda sewaktu jaga dan 3 tanda sewaktu tido….


Tanda-tanda gangguan:

1)ketika jaga
-Sakit tulang belakang.
-Sakit kepala luar biasa.
-Istihadah. (haid lebih 15 hari)
-Terasa ada benda yang mengekori.
-Takut tidak bersebab.
-Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
-Sesak nafas waktu maghrib
-Ragu-ragu tentang iman.
-Pengsan dan sawan tanpa sebab.
-Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
-Sakit tulang empat kerat.
-Takut menziarahi jenazah.
-Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
-Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
-Rasa seperti hampir mati.
-Nampak bayang-bayang melintas.
-Sukar lelapkan mata.
-Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
-Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
-Sakit bahagian perut tanpa sebab.
-Ketumbuhan ganjil pada anggota badan

Tanda-tanda gangguan:

2)ketika tidur
-Dihimpit sesuatu ketika tidur.
-Bunyi gigi ketika tidur.
-Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
-Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
-Mimpi menakutkan.
-Mimpi paderi, salib dan gereja.
-Mimpi tanah perkuburan.
-Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
-Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
-Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
-Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
-Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
-Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
-Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
-Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur